Sunday, November 8, 2015

Pencemaran

Pencemaran (pollution) ialah perubahan sifat fizik, kimia, biologi, terma atau penyinaran dalam alam sekitar yang mengganggu, merosakkan dan menjejaskan kesihatan, keselamatan dan kebajikan manusia serta organisma lain.

Perubahan ini disebabkan oleh pengeluaran, pembuangan dan pengumpulan bahan pencemar di alam sekitar.

Terdapat dua jenis bahan pencemar:
  1. Bahan pencemar yang boleh diurai, misalnya sisa organik.
  2. Bahan pencemar yang tidak boleh diurai, misalnya plastik dan logam berat.

Terdapat empat jenis pencemaran, iaitu:
  1. Pencemaran udara.
  2. Pencemaran air.
  3. Pencemaran bunyi.
  4. Pencemaran terma.


No comments:

Post a Comment