Wednesday, November 25, 2015

Pencemaran Udara

Pencemaran udara (air pollution) berlaku kerana terdapat pembebasan bahan pencemar ke atmosfera sehingga mengganggu dan membahayakan kehidupan manusia serta organisma lain.

Kehadiran bahan pencemar di udara juga menyebabkan perubahan iklim.

Punca utama pencemaran udara adalah termasuk:
  • Kenderaan bermotor.
  • Kilang perindustrian.
  • Pembakaran terbuka.
  • Penggunaan bahan agrokimia.
  • Penjanaan tenaga elektrik.
Semasa pembakaran bahan api fosil, unsur dalam bahan api dioksidakan dan pelbagai bahan pencemar udara terbentuk. Ini termasuklah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

Jadual di bawah menerangkan tentang punca, jenis dan kesan bahan pencemar udara.

Jenis
Punca
Kesan

Asap, jelaga, debu, habuk dan zarah kecil.

Ciri: Mengandungi zarah karbon hasil daripada pembakaran bahan api. Asap mengandungi zarah halus yang disebut jelaga.

Pembakaran bahan api dan sampah sarap secara terbuka.

Cerobong asap kilang.

Kenderaan bermotor.

Sektor industri, misalnya, kilang papan, kilang simen dan asbestos menghasilkan debu.

Kesan terhadap kesihatan.

Zarah besar terenap di bahagian atas salur respirasi manakala zarah kecil meresap masuk dan terenap jauh di dalam alveolus peparu untuk jangka masa yang lama.

Zarah kecil ini membenarkan bahan pencemar lain yang bersifat karsinogen meresap ke dalamnya dan boleh menyebabkan penyakit kanser.

Jerebu boleh mengakibatkan konjunktivitis, sakit tekak, selsema dan serangan lelah kepada pesakit asma.

Jerebu juga boleh menyebabkan penyakit sistem respirasi, misalnya, bronkitis. Bronkitis ialah radang pada salur respirasi dan peparu. Pesakit mengalami sesak nafas, demam dan batuk yang berterusan.

Debu dari kuari dan kilang asbestos menyebabkan penyakit peparu.


Kesan terhadap pertanian.

Asap menyumbat liang stoma dan menghalang pertukaran gas pada daun tumbuhan. Kadar fotosintesis akan berkurang.

Debu melekat pada permukaan daun dan mengurangkan jumlah cahaya yang diterima oleh tumbuhan. Oleh itu, kadar fotosintesis berkurang.

Jerebu menghalang penembusan cahaya matahari dan mengurangkan kadar fotosintesis. Hasil pertanian turut berkurang.


Kesan terhadap iklim.

Penggabungan debu, asap dan jelaga daripada pembakaran hutan dengan wap air di atmosfera menyebabkan kejadian jerebu (haze) dan asbut (smog).

Jerebu mengurangkan jarak penglihatan.


Kesan terhadap bangunan.

Habuk, debu dan asap mengotorkan bangunan.


Karbon dioksida.

Ciri: Gas berasid, tidak berwarna dan tidak berbau.

Pembakaran secara terbuka.

Pembakaran bahan api fosil (seperti petrol, arang batu dan gas asli).

Kesan terhadap kesihatan.

Karbon dioksida yang terperangkap dalam alveolus menyebabkannya melembung dan pecah. Ini mengurangkan luas permukaan untuk pertukaran gas. Pesakit cepat berasa letih, sesak nafas dan kerap batuk.


Kesan terhadap iklim.

Membawa kepada kesan rumah hijau dan pemanasa global.

Menyebabkan kenaikan suhu atmosfera.

Menyebabkan perubahan iklim.


Kesan terhadap bangunan dan harta benda.

Menyebabkan bata pada struktur bangunan menjadi buruk dan rosak.


Karbon monoksida.

Ciri: Gas toksik, tidak berbau dan tidak berwarna.

Pembakaran bahan api yang tidak lengkap.

Ekzos kenderaan.

Kilang-kilang.

Kesan terhadap kesihatan.

Melembapkan pemikiran, menyebabkan badan menjadi letih dan sakit kepala.

Bersaing dengan oksigen untuk berpadu dengan hemoglobin.

Ini menghalang pembentukan oksihemoglobin, sebaliknya karboksihemoglobin yang terbentuk akan mengurangkan jumlah oksigen yang diangkut ke tisu badan.

Peratus karbon monoksida yang tinggi dalam darah boleh membawa maut.


Oksida nitrogen.

Nitrogen monoksida (NO), nitrogen dioksida (NO2).

Ciri: Gas reaktif. Nitrogen dioksida berwarna perang.

Nitrogen dioksida dihasilkan daripada oksigen dan nitrogen di atmosfera.

Oksida nitrogen terhasil daripada pembakaran bahan api pada suhu yang tinggi dalam kenderaan atau kilang perindustrian, semasa ribut petir dan tindakan bakteria pengikat nitrogen dalam tanah.

Kesan terhadap kesihatan.

Menyebabkan pengoksidaan asid lemak dalam sel.

Menyebabkan bronkitis, pneumonia dan merendahkan rintangan terhadap penyakit peparu.

Memedihkan mata dan mengganggu respirasi.


Kesan terhadap iklim.

Larut dalam air hujan untuk membentuk hujan asid.


Kesan terhadap pertanian.

Merosakkan daun dan akar tumbuhan.

Hujan asid merendahkan pH tanah dan menjadikannya tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman.


Kesan terhadap bangunan.

Hujan asid mengakis bahan logam seperti aluminium, kuprum dan besi.

Hujan asid menyebabkan batu kapur, marmar dan mortar yang digunakan untuk membina bangunan menjadi lemah akibat larut resap dan hakisan.

Sulfur dioksida.

Ciri: Gas berasid dan tidak berwarna. Sulfur dioksida terbentuk apabila sebatian sulfur bertindak dengan oksigen semasa pembakaran.

Pembakaran bahan api yang mengandungi sulfur, misalnya dalam industri petroleum dan arang batu serta relau.

Ekzos kenderaan bermotor.

Kesan terhadap kesihatan.

Memedihkan mata.

Meresap ke bahagian atas sistem respirasi dan merosakkan tisu peparu.

Mengganggu pernafasan normal, serangan asma dan batuk.

Menurunkan rintangan badan terhadap penyakit peparu.

Menyebabkan bronkitis.

Menyebabkan hujan asid yang boleh mengakibatkan kulit terkakis dan penyakit kulit.


Kesan terhadap iklim.

Larut dalam air hujan untuk membentuk hujan asid.


Kesan terhadap pertanian.

Merosakkan daun dan akar tumbuhan.

Merendahkan pH tanah, sungai dan tasik.


Kesan terhadap bangunan dan harta benda.

Hujan asid mengakis bahan logam seperti aluminium, kuprum dan besi.

Hujan asid menyebabkan batu kapur, marmar dan mortar yang digunakan untuk membina bangunan menjadi lemah akibat larut resap dan hakisan.

Ozon.

Ciri: Tidak berbau dan tidak berwarna. Ozon yang merupakan bahan pencemar ialah ozon yang berada berhampiran dengan permukaan bumi.

Ozon dihasilkan melalui satu siri tindak balas kompleks antara bahan organik yang meruap dengan oksida nitrogen dalam kehadiran cahaya matahari.

Kesan terhadap kesihatan.

Merosakkan tisu peparu dan mengurangkan kecekapan peparu.

Sesak nafas, batuk dan selsema.

Menyebabkan pengoksidaan sel.


Kesan terhadap pertanian.

Agen pengoksidaan kuat yang merosakkan tisu tumbuhan.


Kesan terhadap bangunan.

Menyebabkan warna objek menjadi pudar dan bahan yang diperbuat daripada getah mudah meretak.


Plumbum.

Ciri: Ditambah ke dalam petrol.

Petrol berplumbum.

Kilang bateri.

Pembuangan bahan logam berat.

Ekzos kenderaan.

Kesan terhadap kesihatan.

Anemia.

Kecacatan otak atau tahap kecerdasan yang lebih rendah pada kanak-kanak.

Merosakkan sel hati dan sistem respirasi.

Mengganggu keupayaan badan untuk membina sel darah.

Boleh menyebabkan koma dan kematian.


Hidrokarbon.

Ciri: Sebatian organik yang meruap.

Pembakaran bahan api yang tidak lengkap.

Ekzos kenderaan.

Asap rokok.

Kesan terhadap kesihatan.

Hidrokarbon bersifat karsinogen seperti benzo-(α)-pirena merosakkan sel badan, asid deoksiribonukleik (DNA) dan seterusnya menyebabkan mutasi.

Hidrokarbon juga menyebabkan kanser peparu.

Membantutkan pertumbuhan.


Bahan agrokimia.

Ciri: Baja, pestisid, insektisid dan herbisid.

Dibebaskan ke udara semasa penyemburan dilakukan ke atas tanaman.

Kesan terhadap kesihatan.

Pestisid dan baja kimia terkumpul dalam badan manusia yang merupakan pengguna terakhir dalam rantai makanan.

Boleh membawa maut jika mencapai aras toksik.


Sinaran radioaktif.


Kesan terhadap kesihatan.

Menyebabkan mutasi dan pertukaran kod genetik pada kromosom organisma.

Menyebabkan penyakit kanser, misalnya, leukemia.



No comments:

Post a Comment