Saturday, October 24, 2015

Aras Trof

Kedudukan atau peringkat sesuatu organisma dalam rantai makanan disebut aras trof.

Pengeluar menduduki aras trof pertama, pengguna primer menduduki aras trof kedua, pengguna sekunder menduduki aras trof ketiga dan pengguna tertier pula menduduki aras trof keempat.

Rantai makanan boleh digambarkan sebagai satu piramid nombor.

Piramid nombor menunjukkan hierarki hubungan antara organisma dalam sesuatu komuniti.

Piramid nombor dilukis berdasarkan bilangan organisma pada sesuatu aras trof.

Setiap peringkat mewakili bilangan organisma yang terdapat pada aras trof itu.

Dari tapak ke puncak piramid,
  • bilangan organisma semakin berkurang.
  • saiz organisma semakin bertambah.
  • kandungan tenaga dalam setiap aras trof juga semakin berkurang.
Sebuah piramid nombor. Bilangan organisma berkurangan manakala 
saiz organisma bertambah dari tapak ke puncak piramid.


Aliran tenaga dari satu aras trof yang berikutnya dapat digambarkan oleh piramid tenaga.

Piramid tenaga.

No comments:

Post a Comment