Monday, December 28, 2015

Monosakarida

Monosakarida (monosaccharide) merupakan monomer karbohidrat, iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas dan tidak boleh diuraikan kepada unit yang lebih kecil. 

Monomer ialah molekul kecil yang membina satu polimer.

Monosakarida ialah unit asas dalam pembentukan karbohidrat yang lebih kompleks dan juga dikenali sebagai gula ringkas.

Formula am monosakarida: (CH2O)n dengan n ialah bilangan atom karbon yang hadir.

Contoh-contoh monosakarida:
  • Glukosa ialah gula dalam tumbuhan seperti padi dan gandum serta buah-buahan seperti anggur. Formula kimia glukosa ialah C6H12O6. Glukosa ialah monosakarida yang paling lazim dijumpai. Kebanyakan polisakarida dibina daripada monnomer glukosa.
  • Fruktosa ialah gula yang terdapat dalam madu dan buah-buahan manis.
  • Galaktosa terdapat dalam susu.

Monosakarida bertindak sebagai agen penurun yang menyingkirkan oksigen daripada sebatian lain.

Apabila monosakarida dipanaskan dalam larutan Fehling atau larutan Benedict, monosakarida menurunkan kuprum (II) sulfat biru dalam kedua-dua larutan ini kepada mendakan kuprum (I) oksida yang berwarna merah bata dan tidak larut dalam air.

Semua monosakarida adalah merupakan gula penurun (reducing sugar).

Monosakarida berantai panjang bergabung dengan protein dan lipid untuk membentuk glikoprotein dan glikolipid.


No comments:

Post a Comment