Thursday, October 8, 2015

Rantai Makanan

Rantai makanan ditakrifkan sebagai hubungan pemakanan antara organisma yang melibatkan pemindahan tenaga melalui satu urutan.

Dalam suatu rantai makanan, organisma disusun mengikut satu urutan yang mana satu organisma memakan organisma sebelumnya dan tenaga dialirkan daripada satu organisma kepada organisma lain.

Rantai makanan bermula dengan pengeluar daripada mana tenaga dipindahkan daripada satu pengguna kepada pengguna lain sehinggalah kepada pengguna terakhir apabila organisma pengguna memakan organisma pengguna sebelumnya.

Tumbuhan hijau ialah pengeluar yang dimakan oleh herbivor, iaitu pengguna primer. Tenaga yang disimpan dalam tumbuhan akan dipindahkan kepada herbivor.

Pemindahan tenaga ini diteruskan apabila herbivor dimakan oleh karnivor (pengguna sekunder).

Seterusnya, pengguna tertier memakan pengguna sekunder.

Tenaga dipindahkan melalui rantai makanan mengikut urutan daripada pengeluar hingga pengguna terakhir.


No comments:

Post a Comment