Monday, February 16, 2015

Barisan Pertahanan Ketiga

Baris pertahanan ketiga merupakan mekanisme pertahanan secara spesifik yang melibatkan penghasilan antibodi oleh limfosit.

Antibodi bertindak secara spesifik ke atas antigen yang masuk ke dalam badan.

Antigen merupakan protein asing yang terdapat pada membran mikroorganisma, patogen atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria. Antigen merangsang gerak balas keimunan.

Kehadiran antigen di dalam badan akan merangsangkan limfosit untuk menghasilkan sejenis protein yang khusus, iaitu antibodi yang bertindak ke atas antigen tersebut.

Tindakan antibodi adalah secara spesifik, iaitu sejenis antibodi hanya boleh bertindak dengan sejenis antigen sahaja. Misalnya,
  • Aglutinin (agglutinin) menyebabkan antigen membentuk satu gumpalan.
  • Lisin (lysin) memusnahkan antigen dengan melarutkan membran luar antigen.
  • Antitoksin (antitoxin) meneutralkan toxin yang dikeluarkan oleh antigen.

No comments:

Post a Comment