Thursday, February 12, 2015

Barisan Pertahanan Kedua

Neutrofil (neutrophils) dan monosit (monocytes) terlibat dalam barisan pertahanan kedua yang bertindak sebagai fagosit (phagocytes) untuk memusnahkan mikroorganisma atau patogen yang berjaya masuk ke dalam badan.

Kedua-dua sistem peredaran darah dan sistem limfa (nodus limfa) mengandungi fagosit untuk memusnahkan patogen di dalam badan.

Dalam nodus limfa, fagosit menapis dan menelan patogen di dalam bendalir limfa.

Fagosit di dalam darah boleh menyelit keluar dari dinding kapilari darah ke tempat jangkitan untuk menghapuskan patogen.

Proses pengepungan, penelanan dan pencernaan mikroorganisma atau patogen oleh fagosit dipanggil fagositosis (phagocytosis).

Dalam proses fagositosis, fagosit mendekati (approach) patogen (bakteria) dan mengelilinginya (surrounds) dengan mengeluarkan pseudopodium.

Fagosit menelan dan mencernakan bakteria tersebut dengan membentuk satu vakuol makanan yang dipanggil fagosom (phagosome).

Enzim dirembeskan ke dalam vakuol tersebut untuk mencernakan lalu menghapuskan bakteria itu.

Proses fagositosis.

Dengan cara fagositosis, patogen dimusnahkan dan badan dicegah daripada jangkitan penyakit.

No comments:

Post a Comment