Wednesday, January 9, 2013

Keperluan Tenaga Untuk Proses Hidup


Organisma hidup memerlukan bekalan tenaga yang berterusan (constant supply of energy) untuk semua proses hidup mereka.

Tenaga diperlukan untuk;
  • Pengecutan otot yang membolehkan pergerakan (movements).
  • Pengangkutan aktif bahan biokimia.
  • Penyerapan makanan tercerna secara aktif.
  • Penghantaran impuls saraf.
  • Pembinaan sel baharu untuk pertumbuhan (growth).
  • Pengekalan suhu badan bagi organisma berdarah panas.
  • Perkumuhan dan pembiakan (excretion and reproduction).
  • Pembahagian sel (cell division)
  • Sintesis lipid, hormon, protein dan enzim.

Semua proses hidup memerlukan tenaga yang dibekalkan oleh respirasi dalam bentuk yang boleh digunakan oleh sel-sel badan.

Tenaga yang diperlukan oleh badan dihasilkan daripada pembebasan tenaga kimia yang terperangkap dalam makanan.

Tenaga kimia terdapat dalam makanan seperti karbohidrat, lipid dan protein.

Proses pengoksidaan bahan-bahan makanan dalam mitokondria sel-sel untuk menghasilkan tenaga disebut repirasi (respiration).

Glukosa (glucose) adalah bahan utama yang membekalkan tenaga dalam haiwan, manusia dan tumbuhan.

Bagi haiwan dan manusia, glukosa ialah hasil hidrolisis karbohidrat (carbohydrate hydrolysis), manakala bagi tumbuhan glukosa merupakan hasil daripada fotosintesis (photosynthesis).

Respirasi terbahagi kepada dua peringkat iaitu;
  1. Respirasi luar atau pernafasan ialah proses pertukaran gas antara permukaan respirasi organisma dengan persekitarannya secara berterusan.

  2. Respirasi dalam atau respirasi sel merupakan proses biokimia yang berlaku dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Respirasi sel melibatkan process pengoksidaan dan penguraian glukosa untuk membebaskan tenaga yang tersimpan dalam glukosa.

Semasa proses ini disimpan dalam bentuk molekul pembawa, terdapat tenaga yang dibebaskan iaitu adenosina trifosfat / ATP (adenosine triphosphate).


No comments:

Post a Comment