Saturday, January 19, 2013

Ekologi

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Ekologi (ecology) ialah kajian saintifik berkenaan interaksi (interaction) dalam kalangan organisma hidup, serta interaksi antara organisma hidup dengan persekitaran fizikal (physical environment).

Setiap organisma hidup (living organism) dan setiap komponen persekitaran tidak wujud sebagai entiti yang berasingan, tetapi saling berkait dan berhubungan, membentuk suatu sistem yang kompleks.

Ekosistem terdiri daripada dua komponen utama, iaitu;
  1. Komponen abiosis
    Komponen abiosis (abiotic components) terdiri daripada benda bukan hidup, yang ada dalam persekitaran.

  2. Komponen biosis
    Komponen biosis (biotic components) merangkumi semua organisma hidup dalam alam semula jadi.


No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers