Tuesday, January 1, 2013

Jenis-jenis Nutrisi


Nutrisi (nutrition) adalah proses di mana organisma mendapatkan tenaga dan nutrien daripada makanan, untuk pertumbuhan, penyenggaraan dan pembaikan tisu yang rosak.

Sel menggunakan (metabolise) bahan-bahan mentah dan mensintesiskan komponen struktur, enzim, sebatian tenaga yang diperkaya (energy-rich compounds), dan lain-lain bahan yang berkepentingan biologi.

Semua unsur-unsur dan sebatian yang diambil oleh organisma adalah nutrien.

Nutrien adalah merujuk kepada bahan-bahan yang membekalkan zat dan tenaga kepada organisma.

Terdapat dua jenis nutrisi, iaitu nutrisi autrotrof (autrotrophic) dan nutrisi heterotrof (heterotrophic)
  1. Organisma yang mengamalkan nutrisi autrotrof dikenali sebagai autrotrof.

  2. Organisma yang mengamalkan nutrisi heterotrof dikenali sebagai heterotrof.

Semua haiwan dan manusia adalah tergolong di dalam organisma heterotrof, dan nutrien mereka adalah terdiri molekul organik yang telah sedia terbentuk.

Molekul organik jarang hadir dalam bentuk yang boleh sedia diguna. Oleh itu, haiwan mesti memproses makanan ke dalam bentuk yang boleh diserap. Proses ini dipanggil pencernaan (digestion).


Autrotrof

Organisma yang mensintesis sebatian organik kompleks daripada bahan mentah tak organik ringkas seperti karbo dioksida, air dan nitrat dengan menggunakan tenaga cahaya atau tenaga kimia. Organisma autrotrof mensintesis bahan organik (makanan) sendiri melalui dua cara atau proses:
  1. Fotosintesis
    Proses yang melibatkan sintesis molekul organik (gula) daripada air dan karbon dioksida dengan menggunakan tenaga daripada cahaya matahari dan klorofil untuk memerangkap cahaya. Contohnya, tumbuhan hijau berklorofil.

  2. Kemosintesis
    Proses yang melibatkan sistesis sebatian organik daripada karbon dioksida dan air dengan menggunakan tenaga yang terbebas melalui pengoksidaan bahan tak organik seperti sulfur, ferum, hidrogen sulfida dan ammonia. Contohnya, bakteria sulfur, bakteria ferum.


Heterotrof

Organisma yag berupaya mensintesis bahan organik (makanan) sendiri tetapi memperoleh nutrisi melalui pengambilan dan pencernaan bahan organik daripada pelbagai sumber luar. Terdapat tiga kumpulan heterotrof:
  1. Nutrisi holozoik
    Organisma menginges bahan organik daripada organisma lain dan mencernakannya sebelum diserap ke dalam badan. Contohnya, labah-labah, haiwan vertebrat, cacing pipih, manusia, herbivor, karnivor, pokok perangkap lalat dan periuk kera yang memerangkap dan menginges serangga kecil.

  2. Parasitisme
    Parasit memperoleh nutrien keperluannya dengan hidup di dalam atau di permukaan badan perumahnya. Parasit menyerap nutrien hasil pencernaan perumahnya.

  3. Saprofitisme
    Saprofit memperoleh nutrien dalam bentuk bahan organik daripada organisma yang mati atau sedang mereput. Saprofit mencernakan makanan di luar sel dan menyerap bahan ringkas yang terhasil. Contohnya, kulat saprofit (cendawan, kulapok), bakteria saprofit.


No comments:

Post a Comment