Setiap benda hidup dan bukan hidup terdiri daripada unsur.
Unsur (element) adalah bahan yang terdiri daripada atu jenis atom yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas oleh tindak balas kimia.
Sel (cell) adalah merupakan unit asas kehidupan. Oleh itu, ia mengandungi bahan kimia dalam protoplasmanya (protoplasm).
Sel terdiri daripada pelbagai unsur yang hadir dalam kuantiti yang berbeza.
Hanya terdapat kira-kira 25 unsur utama yang penting untuk organisma hidup. Unsur-unsur ini boleh dikelaskan kepada tiga kategori mengikut keperluan relatifnya dalam sel.
- Unsur utama yang membentuk 96% jumlah jisim tubuh manusia.Unsur-unsurnya adalah hidrogen (H), karbon (C), oksigen (O) dan nitrogen (N).
- Unsur lain yang membentuk 4% jumlah jisim tubuh manusia.Unsur-unsurnya adalah natrium (Na), kalium (K), magnesium (Mg), kalsium (Ca), fosforus (P), sulfur (S) dan klorin (Cl).
- Unsur surih yang membentuk kurang daripada 0.01% jumlah jisim tubuh manusia.Unsur-unsurnya adalah zink (Zn), ferum (Fe), kuprum (Cu), mangan (Mn), kobalt (Co) dan iodin (I).
Walaupun unsur surih (trace element) diperlukan dalam kuantiti yang amat kecil, namun begitu unsur-unsur ini amat penting kepada sel.
Unsur karbon, hidrogen dan oksigen terdapat dengan banyak dalam sel kerana sel mengandungi peratus air yang tinggi dan kebanyakan sebatian dalam sel terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen.
Sebatian (compounds) yang terdapat dalam organisma hidup boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
- Sebatian organik (organic compounds).
Sebatian yang mengandungi unsur karbon dan berasal daripada organisma hidup. Contoh sebatian organik dalam sel adalah seperti karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Sebatian organik disintesis oleh sel sendiri. - Sebatian tak organik (inorganic compounds).
Sebatian yang tidak mengandungi unsur karbon. Contoh sebatian tak organik yang terdapat dalam sel ialah air, asid, bes dan garam mineral. Sebatian ini tidak disintesis oleh sel sendiri tetapi diperolehi dari persekitaran luar.
Unsur-unsur yang terdapat dalam sebatian kimia:
- Karbohidrat.Unsur-unsurnya adalah karbon, hidrogen dan oksigen.
- Protein.Unsur-unsurnya adalah karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus.
- Lipid.Unsur-unsurnya adalah karbon, hidrogen dan oksigen.
- Asid nukleik.Unsur-unsurnya adalah karbon, hidrogen, oksigen, fosforus dan nitrogen.
- Air.Unsur-unsurnya adalah hidrogen dan oksigen.
Fungsi unsur-unsur dalam sel haiwan dan sel tumbuhan adalah seperti berikut:
Unsur
|
Fungsi
|
|
Sel haiwan
|
Sel tumbuhan
|
|
Hidrogen, karbon, oksigen, nitrogen
|
Sintesis sebatian organik seperti
karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik.
|
Sintesis sebatian organik seperti
karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik.
|
Sulfur
|
Komponen bagi sesetengah protein.
|
Komponen bagi sesetengah protein.
|
Natrium
|
|
Tidak diperlukan.
|
Magnesium
|
|
|
Kalsium
|
|
|
Fosforus
|
|
|
Kalium
|
|
|
Klorin
|
Diperlukan untuk sintesis asid
hidroklorik yang menetapkan pH dalam perut dan memusnakan patogen yang
memasuki perut.
|
Fotolisis air yang melibatkan
pembebasan oksigen semasa proses fotosintesis.
|
Ferum
|
|
|
Kebanyakan unsur dalam sel wujud sebagai ion. Misalnya, ion natrium, ion magnesium, ion klorida, ion kalium dan ion kalsium.
Protein membentuk kira-kira 15% protoplasma dan merupakan komponen yang penting bagi struktur sel.
Lipid membentuk sehingga kira-kira 15% protoplasma dan tidak larut dalam air.
Karbohidrat dihasilkan semasa fotosintesis (photosynthesis) dan wujud dalam beberapa bentuk.
Kebanyakan organisma menggunakan empat jenis unit binaan asas atau molekul iaitu, karbohidrat, protein, lipid dan asid nkleik untuk membentuk semua struktur biologi.
terima kasih tas info - Huda
ReplyDeleteThank you sir _ athirah&Suhailah
ReplyDelete