Saturday, February 18, 2012

Sistem Peredaran Darah Serangga

Serangga mempunyai sistem peredaran darah terbuka (open circulatory system) kerana darah yang dipam oleh jantung mengalir di dalam rongga badan dan tidak diangkut oleh salur darah.

Darah dan bendalir di sekeliling sel bercampur untuk membentuk bendalir yang dipanggil hemolimfa (haemolymph).

Serangga mempunyai jantung yang berbentuk tiub dengan liang seni (fine openings) di sepanjangnya yang dipanggil ostia (kata tunggal: ostium).

Pengecutan jantung menyebabkan hemolinfa (darah serangga) dipam ke rongga badan yang dipanggil hemoselom (haemocoel).

Sistem peredaran terbuka serangga.

Pertukaran bahan antara hemolimfa dan sel badan berlaku secara langsung melalui resapan (diffusion).

Apabila jantung mengendur (relaxes), hemolimfa mengalir masuk dari hemoselom ke dalam jantung melalui ostia.

Setiap ostium mempunyai injap (valves) untuk menghalang hemolimfa mengalir keluar dari jantung.

No comments:

Post a Comment