Tuesday, February 14, 2012

Menghargai Keunikan Sel

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Sel ialah unit asas bagi semua organisma hidup yang mampu berfungsi secara sendiri. Kehadiran organel dalam sel membahagikan sel kepada bahagian-bahagian tertentu khusus untuk melakukan fungsi-fungsi.

Organel-organel mesti bekerjasama secara harmoni untuk sel berfungsi pada tahap optimum. Ini adalah serupa dengan sebuah kilang yang mempunyai bahagian berlainan yang setiap satunya dikhaskan untuk menjalankan sesuatu fungsi yang khusus. Sekiranya mana-mana bahagian gagal melaksanakan tugasnya, keseluruhan proses akan terhenti.

Begitu jugalah apabila kita bekerja dalam kumpulan, setiap ahli dalam kumpulan memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea untuk melaksanakan tugas yang diberi.

No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers