Saturday, February 18, 2012

Sistem Peredaran Darah Ikan

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Ikan (fish) mempunyai sistem peredaran darah tunggal tertutup (single closed circulatory system).

Sistem ini hanya mempunyai satu litar pengaliran sahaja, iaitu darah yang dipam oleh jantung mengalir dalam salur darah ke insang dan tisu badan, seterusnya kembali ke jantung semula. Darah hanya mengalir ke dalam jantung sekali sahaja dalam satu peredaran lengkap.

Sistem peredaran darah tunggal tertutup pada ikan.

Jantung ikan merupakan pam yang ringkas dengan satu atrium dan satu ventrikel sahaja.

Atrium yang berdinding nipis menerima darah terdeoksigen dari tisu badan ikan dan seterusnya dihantar ke ventrikel.

Ventrikel yang lebih berotot mengepam darah terdeoksigen ke insang (gills) dan pertukaran gas berlaku melalui proses resapan (diffusion).

Dari insang, darah terdeoksigen manjadi darah beroksigen dan mengalir semula ke semua sel-sel badan yang memerlukan oksigen.

Sebaik sahaja oksigen di dalam darah beroksigen habis digunakan oleh tisu-tisu badan, darah ini bertukar kepada darah terdeoksigen dan dikembalikan ke jantung untuk mengulangi kitar (cycle) ini semula.

1 comment:

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers