Saturday, February 18, 2012

Sistem Peredaran Darah Amfibia

Amfibia (amphibian) mempunyai sistem peredaran darah ganda dua tertutup dan tidak lengkap (double closed and incomplete circulatory system).

Jantung amfibia seperti katak terdiri daripada dua atrium (atrium kanan dan kiri) dan satu ventrikel (tidak dibahagi).

Amfibia mempunyai peredaran ganda dua kerana darah mengalir ke dalam jantung sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap. Sistem ini digelar peredaran tidak lengkap kerana darah beroksigen dan darah terdeoksigen bercampur di dalam ventrikel.

Darah terdeoksigen dari seluruh badan kecuali peparu dibawa masuk ke dalam atrium kanan melalui vena kava manakala darah beroksigen dari peparu dibawa masuk ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari.

Apabila kedua-dua atrium mengecut serentak, darah terdeoksigen dan darah beroksigen dari kedua-dua atrium dipam ke dalam ventrikel.

Sistem peredaran ganda dua tertutup
dan tidak lengkap pada amfibia.

Dalam ventrikel yang tidak dibahagi, darah terdeoksigen dan darah beroksigen bercampur.

Darah yang bercampur kemudian dopam keluar ke seluruh badan dan peparu semasa pengecutan ventrikel.

Darah bercampur yang mengandungi kurang oksigen diangkut ke sel badan dan digunakan untuk respirasi sel.

Darah bercampur juga diangkut ke peparu supaya pertukaran gas berlaku. Darah beroksigen ini kemudian diangkut keluar dari peparu dan kembali ke atrium kiri jantung.

2 comments: