Thursday, January 12, 2012

Sistem Peredaran Darah

Sistem peredaran darah (circulatory system) dalam manusia dan haiwan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Sistem peredaran darah tertutup (closed circulatory system).
  2. Sistem peredaran darah terbuka (open circulatory system).

Sistem peredaran darah tertutup.
  • Dalam sistem peredaran darah tertutup, darah mengalir berterusan (flow continuously) dalam salur darah. Terdapat injap (valve) didalam salur darah bagi memastikan yang pengaliran darah adalah sehala (one direction only).
  • Pertukaran bahan seperti gas, nutrient dan bahan kumuh (waste product) berlaku antara darah dalam kapilari dengan sel badan.
  • Sistem peredaran darah tertutup terdapat pada haiwan yang besar seperti vertebrat (vertebrates).

Sistem peredaran darah terbuka.
  • Dalam sistem peredaran darah terbuka, darah tidak mengalir dalam salur darah. Darah dipam dari jantung (heart) dan mengalir ke dalam ruang antara sel.
  • Pertukaran nutrien berlaku secara langsung antara sel badan dengan darah disekelilingnya melalui resapan (diffusion).
  • Darah kemudiannya dikembalikan semula ke jantung.
  • Sistem peredaran darah terbuka ini terhad kepada haiwan bersaiz kecil seperti serangga (insect) dan kerang-kerangan (shellfish) sahaja.

No comments:

Post a Comment