Thursday, January 12, 2012

Fungsi Hemolimfa Dalam Pengangkutan

Pada serangga (insect), darah tidak mengalir didalam salur darah tertutup (closed blood vessel).

Darah dipam keluar dari jantung untuk mengisi ruang-ruang antara sel badan.

Medium pengangkutan serangga yang bercampur dengan bendalir tisu di sekeliling sel badan disebut hemolimfa (haemolymph).

Hemolimfa (haemolymph) mengangkut bahan-bahan yang terlarut didalamnya seperti hormon dan bahan makanan kepada semua sel.

Pertukaran bahan antara hemolimfa dengan sel badan berlaku melalui proses resapan ringkas (simple diffusion).

Hemolimfa tidak terlibat dalam pengangkutan oksigen dan karbon dioksida.

Serangga mempunyai sistem trakea (tracheal system) yang disesuaikan untuk pertukaran gas antara trakeol (tracheole) dan sel-sel badan.

No comments:

Post a Comment