Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran tertutup (closed circulatory system) kerana darah mengalir dalam salur darah dan dipam ke seluruh badan oleh jantung.
Terdapat tiga jenis salur darah (blood vessels) dalam sistem peredaran tertutup:
- Arteri (artery).
- Vena (vein).
- Kapilari (capillary).
Struktur arteri.
Arteri membawa darah keluar dari jantung ke organ-organ di seluruh badan.
Vena membawa darah dari semua organ badan kembali ke dalam jantung.
Arteri bercabang menjadi arteriol (arterioles), iaitu salur darah yang lebih kecil. Arteriol pula bercabang membentuk kapilari darah (blood capillaries).
Disekeliling kapilari darah terdapat sel-sel badan.
Kapilari bercantum membentuk venul (venule). Semua venul pula akan bercantum membentuk vena yang membawa darah kembali ke jantung.
Tiga jenis salur darah dalam sistem peredaran tertutup.
Jadual dibawah menunjukkan perbandingan antara ketiga-tiga jenis salur darah.
Arteri | Kapilari | Vena |
Terletak lebih dalam pada badan | Terletak antara arteriol dan venul | Terletak berdekatan permukaan kulit |
Dinding tebal dan berotot | Dinding nipis, setebal satu sel sahaja | Dinding nipis dan kurang berotot |
Lumen kecil | Lumen yang sangat kecil | Lumen besar |
Tiada injap kecuali arteri pulmonari | Tiada injap | Semuanya berinjap kecuali vena pulmonari |
Membawa darah keluar dari jantung | Membawa darah dari arteriol ke venul | Membawa darah ke dalam jantung |
Pengaliran darah cepat pada tekanan tinggi | Pengaliran darah perlahan, tekanan darah semakin menurun | Pengaliran darah perlahan pada tekanan rendah |
Membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari | Darah beroksigen pada hujung arteriol dan darah terdeoksigen pada hujung venul | Membawa darah terdeoksigen kecuali vena pulmonari |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih, ia amat membantu saya.
ReplyDeleteTqvm
ReplyDeletesaya budak Sains sukan stpm n still bjlr ni jgk tqvm for this info
ReplyDelete