Monday, January 16, 2012

Salur Darah

Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran tertutup (closed circulatory system) kerana darah mengalir dalam salur darah dan dipam ke seluruh badan oleh jantung.

Terdapat tiga jenis salur darah (blood vessels) dalam sistem peredaran tertutup:
  1. Arteri (artery).
  2. Vena (vein).
  3. Kapilari (capillary).
Struktur arteri.

Arteri membawa darah keluar dari jantung ke organ-organ di seluruh badan.

Vena membawa darah dari semua organ badan kembali ke dalam jantung.

Struktur vena.

Arteri bercabang menjadi arteriol (arterioles), iaitu salur darah yang lebih kecil. Arteriol pula bercabang membentuk kapilari darah (blood capillaries).

Disekeliling kapilari darah terdapat sel-sel badan.

Struktur kapilari darah.

Kapilari bercantum membentuk venul (venule). Semua venul pula akan bercantum membentuk vena yang membawa darah kembali ke jantung.

Tiga jenis salur darah dalam sistem peredaran tertutup.


Jadual dibawah menunjukkan perbandingan antara ketiga-tiga jenis salur darah.

Arteri
Kapilari
Vena
Terletak lebih dalam pada badan
Terletak antara arteriol dan venul
Terletak berdekatan permukaan kulit
Dinding tebal dan berotot
Dinding nipis, setebal satu sel sahaja
Dinding nipis dan kurang berotot
Lumen kecil
Lumen yang sangat kecil
Lumen besar
Tiada injap kecuali arteri pulmonari
Tiada injap
Semuanya berinjap kecuali vena pulmonari
Membawa darah keluar dari jantung
Membawa darah dari arteriol ke venul
Membawa darah ke dalam jantung
Pengaliran darah cepat pada tekanan tinggi
Pengaliran darah perlahan, tekanan darah semakin menurun
Pengaliran darah perlahan pada tekanan rendah
Membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari
Darah beroksigen pada hujung arteriol dan darah terdeoksigen pada hujung venul
Membawa darah terdeoksigen kecuali vena pulmonari


4 comments: