Sunday, December 18, 2011

Merancang Eksperimen Bagi Menguji Hipotesis

Hipotesis diuji dan disahkan berdasarkan bukti yang boleh dipercayai. Bukti saintifik kebiasaannya diperolehi daripada eksperimen.

Seseorang itu mesti merancang suatu eksperimen agar keputusan yang diperolehi itu akan mendedahkan kebenaran, dan boleh digunakan untuk menerima atau menolak sesebuah hipotesis.

Ini bermakna bahawa seseorang itu sepatutnya tidak boleh untuk membuat apa-apa kesilapan semasa merancang dan melakukan eksperimen, jika tidak, data yang diperolehi mungkin tidak akan menampakkan atau mencerminkan kebenaran.

Merancang eksperimen adalah termasuk mengenal pasti kaedah yang sesuai, memilih teknik-teknik persampelan yang betul dan mengenal pasti pemboleh-ubah dimanipulasi, pemboleh-ubah bertindak balas dan pemboleh-ubah dimalarkan.

Kaedah (methodology) yang digunakan untuk menjalankan eksperimen mestilah terdiri mengikut prosedur yang diiktiraf. Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan juga mesti mematuhi piawaian (standards) tertentu.

Teknik pensampelan (sampling techniques) adalah prosedur yang digunakan untuk mendapatkan data dari eksperimen .Sebagai contoh, seseorang boleh mengaplikasikan sap lidah buaya pada luka-luka kecil yang dikenakan ke atas beberapa haiwan makmal seperti tikus. Sampel mestilah yang dipilih secara rawak dan bilangannya mestilah mencukupi bagi mewakili populasi (population) yang sebenar.

Pemboleh-ubah dimanipulasi (manipulated variables) adalah pemboleh-ubah yang sengaja ditetapkan atau diubah dalam eksperimen, seperti dos tertentu sap lidah buaya yang dipilih untuk diguna pakai ke atas luka.

Pemboleh-ubah bertindak balas (responding variables) adalah  keputusan yang diperolehi daripada eksperimen yang berubah sebagai tindak balas kepada manipulasi pemboleh-ubah. Dalam contoh yang diberikan, masa yang diambil untuk luka sembuh akan menjadi satu pemboleh ubah bertindak balas.

Pemboleh-ubah dimalarkan (fixed or controlled variables) adalah semua pemboleh-ubah lain yang boleh mempengaruhi keputusan dan mestilah dimalarkan. Dalam contoh yang diberikan, haiwan uji kaji, saiz luka, suasana eksperimen, makanan dan minuman haiwan dan beberapa faktor lain adalah 'pembolehubah dimalarkan' yang akan dijadikan malar (constant) untuk meminimumkan pengaruh mereka terhadap keputusan eksperimen.

Di samping itu, penyelidik juga mesti mempunyai kumpulan kawalan (control group) untuk membolehkan ia membandingkan keputusannya. Kumpulan kawalan adalah terdiri daripada subjek eksperimen yang tidak diberi rawatan. Dalam contoh yang diberikan, kumpulan kawalan terdiri daripada haiwan kajian yang juga mengalami luka tetapi tidak dirawat dengan sap lidah buaya (aloe vera).

1 comment:

  1. Always on the lookout for one of the best on-line casinos and their newest choices, 소울카지노 Robin works hard to make gambling fun and worry-free for all of the gamers. If he’s not attempting out new casinos and enjoying in} slots, Robin enjoys testing new recipes and listening to the most recent hits. He may be very enthusiastic about in a position to|with the power to|having the power to} play casino video games in a relaxed and fun means and he's enthusiastic to share in his articles on {how to|the means to|tips on how to} play at casinos and avoid all the trouble.

    ReplyDelete