Thursday, February 18, 2016

Polisakarida

Monosakarida (dalam jumlah yang banyak) boleh untuk bercantum melalui kondensasi bagi membentuk suatu rantai molekul panjang yang disebut polisakarida.

Polisakarida (polysaccharide) ialah polimer yang terbentuk daripada kondensasi monomer glukosa.

Saiz molekulnya yang besar menyebabkan polisakarida tidak boleh larut dalam air.

Polisakarida tidak mempunyai rasa manis dan juga tidak menghablur.

Hubungan antara ketiga-tiga jenis karbohidrat.

Berikut adalah contoh-contoh polisakarida:
  • Kanji.
  • Glikogen.
  • Selulosa.
Ketiga-tiga polimer di atas terbentuk daripada monomer glukosa melalui kondensasi.


No comments:

Post a Comment