Thursday, June 25, 2015

Sifat Ketelapan Membran Plasma

Suatu membran dikatan telap (permeable) terhadap sesuatu bahan sekiranya membran tersebut membenarkan bahan itu bergerak merentasnya secara bebas.

Membran dikatakan tidak telap (impermeable) sekiranya sesuatu bahan tidak berupaya merentasnya.

Membra plasma adalah bersifat separa telap (semi-permeable) atau telap memilih, iaitu hanya membenarkan pergerakan bebas sesetengah bahan merentasnya dan menghalang atau menghadkan pergerakan molekul yang lain.

Membran yang menyelaputi organel dalam sel seperti vakuol, mmitokondrion, kloroplas dan nukleus juga bersifat separa telap.

Contoh membran lain yang bersifat separa telap ialah selofan, selaput telur, dan tiub Visking.

Membran plasma bersifat separa telap kerana struktur binaannya ialitu dwilapisan fosfolipid (phospholipid bilayer) dan protein yang menentukan ketelapan membran (membrane permeability) terhadap bahan-bahan tertentu.

Dua faktor umum yang menentukan pergerakan molekul merentas membran plasma ialah:
  • Saiz molekul.
  • Sifat kekutuban molekul.

Pergerakan bahan merentas membran plasma berlaku melalui:
  • Dwilapisan fosfolipid (phospholipid bilayer).
  • Protein liang (pore protein).
  • Protein pembawa (carrier protein).

Dwilapisan fosfolipid telap terhadap:
  • Molekul tidak berkutub (larut lipid).
  • Molekul kecil tidak bercas.

Dwilapisan fosfolipid tidak telap terhadap:
  • Molekul berkutub (tidak larut lipid).
  • Ion bercas.

Terdapat dua mekanisme utama yang menggerakkan bahan merentas membran plasma iaitu pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif.

Pengangkutan pasif (passive transport) tidak memerlukan tenaga metabolisme.

Pengangkutan aktif (active transport) memerlukan tenaga metabolisme yang dihasilkan oleh sel. Oleh itu, proses ini hanya dapat berlaku dalam sel hidup.


No comments:

Post a Comment