Monday, May 11, 2015

Penyahhutanan

Penyahhutanan (deforestation) adalah merujuk kepada penebangan pokok hutan secara besar-besaran.

Aktiviti pembalakan menyebabkan pokok-pokok di hutan ditebang untuk kayu balak yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Hutan hujan tropika mempunyai peranan ekologi yang penting.
  • Hutan hujan tropika ialah ekosistem tertua di Bumi dan merupakan habitat kepada hampir separuh daripada spesies flora dan fauna di dunia.
  • Hutan hujan tropika mempunyai banyak spesies yang membekalkan sumber makanan, ubat-ubatan dan bahan keperluan kepada manusia. Hampir satu per empat ubat-ubatan dibekalkan oleh spesies tumbuhan di hutan hujan tropika dan kira-kira 70% daripadanya mempunyai bahan aktif bagi menentang kanser.
  • Hutan hujan tropika mengawal atur iklim dunia dengan mempengaruhi tiupan angin, taburan hujan, kelembapan dan suhu.
  • Hutan hujan tropika juga merupakan kawasan tadahan karbon Bumi kerana menyerap sejumlah besar karbon dioksida semasa fotosintesis dan pada masa yang sama membebaskan oksigen ke atmosfera.
  • Hutan hujan tropika merupakan kawasan tadahan air.

Penyahhutanan (deforestation) menyebabkan:
  • Hakisan tanah, tanah runtuh (landslide) dan banjir kilat (flash flood).
  • Gangguan terhadap kitar karbon dan kitar nitrogen.
  • Perubahan iklim yang melampau.
  • Kemusnahan habitat dan kehilangan spesies flora dan fauna (biokepelbagaian).


No comments:

Post a Comment