Sunday, December 15, 2013

Struktur Sistem Limfa


Sistem limfa (lymphatic system) terdiri daripada struktur-struktur berikut;
  • Salur limfa (lymphatic vessels)
  • Kapilari limfa (lymph capillaries)
  • Nodus limfa (lymph nodes)
  • Limpa (Spleen)
  • Kelenjar timus (thymus)

Salur limfa (lymphatic vessels) adalah bercabang-cabang membentuk kapilari limfa yang halus serta buntu (blind-end) pada penghujungnya.

Dua salur limfa yang terbesar ialah duktus toraks (thoracic duct) dan duktus limfa kanan (right lymphatic duct).

Duktus toraks bersambung dengan vena subklavikel kiri (left subclavian vein), manakala duktus limfa kanan bersambung dengan vena subklavikel kanan (right subclavian vein).

Pada sepanjang salur limfa terdapat injap (valve) bagi mengelakkan pengaliran balik limfa (to prevent the backflow) dan memastikan  pengaliran sehala (one direction) sahaja.

Pada bahagian tertentu di sepanjang salur limfa, terdapat kelenjar yang dikenali sebagai nodus limfa (lymph nodes).

Nodus limfa menghasilkan limfosit (lymphocytes) yang mengeluarkan antibodi (antibody) bagi tujuan mempertahankan badan daripada serangan virus dan bakteria.

Nodus limfa juga mengandungi fagosit (phagocytes) untuk menelan dan mencernakan bakteria, bendasing, serta leukosit (leucocytes) yang mati.

Pada tubuh badan manusia, kebanyakan nodus limfa adalah terdapat di bahagian leher (neck), ketiak (underarm) dan pangkal peha (groin).

Sistem limfa manusia.

No comments:

Post a Comment