Thursday, November 29, 2012

Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma


Sel hidup memerlukan bahan dari persekitaran luar kerana setiap sel hidup perlu menjalani proses hidup seperti berikut.
  • Pengambilan air dan bahan makanan terlarut seperti garam mineral, glukosa dan asid amino dari persekitaran luar.
  • Penyingkiran hasil tindak balas metabolisme seperti urea, ammonia dan asid laktik yang tidak diperlukan oleh sel badan.
  • Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida semasa respirasi (respiration).

Proses-proses ini adalah penting bagi sel untuk
  • mengekalkan satu nilai pH dan mengekalkan kecerunan kepekatan (concentration gradient) ion yang optimum bagi aktiviti saraf dan otot.
  • memperolehi nutrien yag merupakan bahan mentah bagi aktiviti metabolisme.
  • mengumuhkan bahan toksik daripada sel.
  • merembeskan bahan yang berguna seperti hormon dan enzim.

Bahan yang diperlukan oleh sel untuk menjalankan fungsinya dan bahan yang perlu disingkirkan harus dapat/boleh bergerak ke dalam dan ke luar sel.

Proses pergerakan bahan (movement of substances) ke dalam dan ke luar sel berlaku merentas (across) membran plasma.

Membran plasma (plasma membrane) bertindak sebagai selaput yang mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel mengikut keperluan sel.

No comments:

Post a Comment