Sunday, December 18, 2011

Struktur dan Fungsi Sel

Sebelum 1600-an, orang ramai tidak mempunyai idea lagi tentang sel-sel kerana mikroskop belum lagi dicipta.

Mikroskop (microscope) pertama dicipta pada tahun 1590 oleh Zacharias Jansen.

Pada tahun 1665, seorang ahli botani Inggeris, Robert Hooke menggunakan mikroskop untuk memerhatikan sekeping gabus daripada kulit pokok. Beliau mendapati bahawa bahan tumbuhan tersebut terdiri daripada 'kotak-kotak kecil yang rapat' yang beliau panggil sel-sel (cells).

Pemerhatian mikroskopik tentang sel-sel dari
sekeping gabus oleh Robert Hooke.
 

Ahli-ahli sains juga mendapati bahawa sel-sel mengandungi organel kecil yang terapung di dalam medium seperti jeli (jelly-like), sitoplasma (cytoplasm).

Lebih penting lagi, ahli sains juga mendapati bahawa beribu-ribu tindak-balas biokimia (biochemical) berlaku dalam sel-sel.

No comments:

Post a Comment