Wednesday, November 23, 2011

Bidang kajian dalam biologi

Penyelidikan dalam sains biologi (biological sciences) adalah amat penting dan ianya berkembang dengan begitu pantas.

Tujuan utama pembelajaran biologi adalah untuk memahami dengan lebih lanjut lagi tentang proses kehidupan, agar setiap manusia serta organisma lain boleh hidup dengan aman dan harmoni (can live efficiently in peace and harmony).

Secara amnya, biologi dibahagikan kepada pelbagai bidang. Antaranya;
  • Anatomi (anatomy)
  • Biologi molekul (molecular biology)
  • Botani (botany)
  • Ekologi (ecology)
  • Fisiologi (physiology)
  • Genetik (genetic)
  • Mikrobiologi (microbiology)
  • Taksonomi (taxonomy)
  • Sitology (cytology)
  • Zoologi (zoology)

Walau bagaimanapun, 'trend' semasa dalam penyelidikan biologi tidak lagi memberi tumpuan kepada bidang yang berbeza, tetapi bergantung kepada kajian pelbagai disiplin. Sebagai contoh, kajian mengenai kencing manis (diabetes) boleh dilakukan pada aspek histologi (histology), farmakologi (phamacology), fisiologi dan genetik.

Sempadan kajian antara pelbagai bidang biologi ada kalanya bertindih (overlap).

1 comment: