Friday, May 20, 2016

Protein

Protein ialah sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus.

Makanan yang kaya dengan protein termasuklah ikan, daging, susu, kacang dan telur.

Semua protein terdiri daripada satu atau lebih polimer yang dikenali sebagai polipeptida.

Setiap polipeptida pula dibina oleh monomer atau unit kecil yang disebut asid amino.

Satu polipeptida boleh terdiri daripada lima puluh sehingga beribu-ribu molekul asid amino.

Asid amino terangkai bersama melalui proses kondensasi.

Dipeptida terdiri daripada dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan peptida melalui kondensasi. Satu molekul air disingkirkan.

Tindak balas kondensasi seterusnya merangkaikan lebih banyak asid amino untuk membentuk satu rantai polipeptida.

Dipeptida boleh diuraikan kepada asid amino melalui hidrolisis.


Protein atau polipeptida yang diuraikan oleh enzim pencernaan melalui tindak balas hidrolisis akan diserap ke dalam peredaran darah.


Asid amino ini digunakan untuk mensintesis molekul protein berlainan yang diperlukan oleh badan.


Jenis asid amino

Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi.

Asid amino dibahagi kepada dua jenis, iaitu:
  1. Asid amino perlu.
  2. Asid amino tak perlu.
Asid amino perlu dapat disintesis oleh badan dan ini harus diperoleh daripada gizi harian, contohnya, histidina dan leusina.

Asid amino tak perlu dapat disintesiskan oleh badan daripada asid amino yang lain.

Terdapat 9 asid amino perlu, dan  11 asid amino tak perlu.


Kelas protein

Protein dibahagikan kepada dua kelas, iaitu:
  1. Protein kelas pertama.
  2. Protein kelas kedua.
Protein kelas pertama ialah protein yang dapat membekalkan semua asid amino perlu kepada badan, misalnya, protein dalam daging, ikan, susu dan telur. Protein haiwan adalah protein kelas pertama.

Protein kelas kedua ialah protein yang tidak mempunyai semua asid amino perlu. Protein tumbuhan ialah protein kelas kedua.

Sintesis protein baharu dalam badan.

2 comments:

  1. I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your site to come back later. Cheers netflix.com login

    ReplyDelete
  2. You may also wait to the penalty period to lapse prior to making additional payments. canada mortgage calculator Canada-wide mortgage regulations are set by the Ministry of Finance to assist protect home buyers and lenders alike. canadian mortgage calculator

    ReplyDelete