Saturday, January 7, 2012

Leukosit (Sel Darah Putih)

Leukosit (leucocyte) mempunyai nukleus dan tidak mempunyai bentuk yang tetap.

Bilangan leukosit jauh lebih kurang daripada eritrosit (erythrocytes) tetapi saiznya lebih besar.

Leukosit berfungsi untuk mempertahankan badan daripada penyakit.

Terdapat dua jenis leukosit:
  1. Granulosit (granulocyte)
  2. Agranulosit (agranulocyte)

Granulosit (sitoplasma bergranul)
  • Mempunyai granul dalam sitoplasma.
  • Mempunyai nukleus bercuping (lobed).
  • Terbentuk didalam sumsum tulang (bone marrow)
  • Terdiri daripada  3 jenis granulosit iaitu neutrofil, eosofil dan basofil.

Neutrofil

Neutrofil (neutrophil) ialah fagosit (phagocyte) yang menjalankan fagositosis (phagocytosis) untuk menelan dan mencerna bakteria.


Eosinofil.

Eosinofil (eosinophil) berfungsi dalam mengawal gerak balas alergi (allergic responses).


Basofil

Basofil (basophil) menghasilkan heparin untuk mencegah pembekuan darah.

Agranulosit (sitoplasma tidak bergranul)
  1. Tiada granul dalam sitoplasma.
  2. Terdiri daripada dua jenis agranulosit (agranulocyte) iaitu limfosit dan monosit.

Limfosit.

Limfosit (lymphocyte) mempunyai nukleus besar yang berbentuk sfera dengan sedikit sitoplasma. Limfosit dihasilkan oleh nodus limfa (lymph nodes) pada sistem limfa (lymphatic system). Limfosit menghasilkan antibodi untuk mempertahankan badan daripada penyakit.


Monosit.

Monosit (monocyte) mempunyai nukleus besar yang berbentuk kacang. Monosit dihasilkan di sumsum tulang. Monosit bertindak sebagai fagosit dalam proses fagositosis.

No comments:

Post a Comment