Monday, November 21, 2011

Kajian Biologi

Perkataan biologi (biology) berasal daripada dua patah perkataan Greek, 'bios' bermaksud kehidupan dan 'logos' bermaksud kajian.

Oleh itu, biologi adalah kajian benda-benda hidup, proses kehidupan mereka serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Kajian biologi bermula dengan mempelajari bagaimana sel-sel dari tubuh badan kita dan bagaimana mereka berfungsi secara individu serta bekerjasama, untuk menjadikan kita hidup dan sihat.

Seterusnya kita akan memahami bahawa jika sel-sel tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik seperti biasa, kita akan sakit.

Biologi juga merangkumi sistem penghadaman (digestive), pernafasan (respiratory), peredaran darah (circulatory), perkumuhan (excretory), saraf (nervous), endokrin (endocrine) dan muskuloskeletal (musculoskeletal) yang menyumbang kepada fungsi sel-sel kita dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal.

Kita juga akan mengkaji tentang organisma yang berlainan (tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma) dan bagaimana mereka bergantung antara satu sama lain dengan cekap menggunakan sumber-sumber asli yang terdapat di planet kita.

Juga kita akan mempelajari tentang pembiakan organisma (reproduction of organisms), bagi memastikan bahawa gen-gen akan terus-menerus sampai kepada generasi akan datang agar sesuatu spesis itu tidak pupus.

No comments:

Post a Comment