Monday, August 10, 2015

Peranan Hormon Dalam Mengawal Atur Kitar Haid

Kitar haid dibahagikan kepada tiga peringkat:
  • Peringkat aliran haid (kedatangan haid, iaitu hari pertama hingga hari ke-5).
  • Peringkat perkembangan folikel (dari akhir tempoh haid sehingga pengovulan, iaitu hari ke-6 hingga ke-14).
  • Peringkat korpus luteum (dari pengovulan sehingga permulaan haid, iaitu hari ke-15 hingga ke-28).

Rajah di bawah menunjukkan tiga peringkat dalam kitar haid dan hubung kait antara aras hormon dengan perkembangan folikel, pengovulan, pembentukan korpus luteum serta ketebalan endometrium uterus.

Hubung kait di antara aras hormon, perkembangan folikel 
dan ketebalan endometrium dalam kitar haid.

Peringkat aliran haid (hari pertama hingga ke-5).
  • Hormon progesteron berada pada tahap yang terendah.
  • Akibatnya, lapisan endometrium uterus terurai dengan pendarahan. Pengaliran haid bermula.
  • Semasa haid, kelenjar pituitari dirangsang untuk merembeskan FSH yang merangsang perkembangan sel-sel folikel.

Peringkat perkembangan folikel (hari ke-6 hingga ke-14).
  • Folikel primer dalam ovari berkembang sehingga membentuk folikel Graaf.
  • Perkembangan folikel dalam ovari merangsang perembesan hormon estrogen.
  • Estrogen membaiki dan menebalkan dinding uterus selepas haid untuk penempelan embrio.
  • Apabila aras estrogen meningkat kat satu tahap, kelenjar pituitari akan dirangsang untuk merembeskan hormon peluteinan (LH). Pada masa yang sama, kelenjar pituitari akan merencat rembesan FSH lalu aras FSH menurun.
  • LH menyebabkan pengovulan berlaku pada hari ke-14, iaitu oosit sekunder dibebaskan dari folikel Graaf.

Peringkat korpus luteum (hari ke-15 hingga ke-28)
  • Selepas pengovulan, folikel Graaf yang tertinggal akan membentuk korpus luteum.
  • Sel folikel yang tertinggal di dalam ovari akan merembeskan hormon estrogen menyebabkan aras hormon estrogen meningkat selepas pengovulan. Korpus luteum pula akan merembeskan hormon progesteron.
  • Hormon progesteron menebalkan lapisan endometrium uterus supaya bersedia untuk penempelan embrio jika persenyawaan berlaku.
  • Jika persenyawaan ovum berlaku, korpus luteum akan kekal dan hormon progesteron terus dirembeskan untuk mengekalkan ketebalan dinding uterus.
  • Hormon progesteron juga akan menghalang rembesan hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan. Dengan itu perkembangan  folikel dan pengovulan dapat dielakkan semasa kehamilan.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan merosot. Aras hormon progesteron dan estrogen semakin berkurangan. Lapisan endometrium uterus terurai dan haid bermula.

1 comment:

  1. Casinos Near Harrah's Casino in New Orleans - MapYRO
    Casinos Near Harrah's Casino · Casino at Harrah's Orleans 속초 출장안마 Casino & Hotel 태백 출장마사지 · Golden Nugget Casino Hotel 영주 출장샵 · Casino at Harrah's 충주 출장안마 Resort Atlantic City · MGM Grand 구리 출장마사지 Hotel & Casino

    ReplyDelete