Friday, May 1, 2015

Jenis-jenis Variasi

Terdapat dua jenis variasi pada manusia, iaitu:
  1. Variasi selanjar (continuous variation).

  2. Variasi tak selanjar (discontinuous variation).

Variasi selanjar

Variasi selanjar tidak mempunyai perbezaan ciri yang jelas.

Perbezaan antara individu adalah beransur-ansur dengan ciri-ciri perantaraan (intermediate).

Contoh variasi selanjar pada manusia adalah seperti:
  • Ketinggian.
  • Berat badan.
  • Warna kulit.
  • Kepintaran.

Variasi selanjar boleh diukur, maka ia dikatakan pewarisan  kuantitatif (quantitative).

Taburan kekerapan bagi variasi selanjar adalah berbentuk loceng (bell shaped) dan digelar lengkung taburan normal (normal distribution curve).

Taburan normal bagi variasi ketinggian.

Variasi selanjar dikawal oleh sebilangan gen tetapi dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Sebagai contoh, warna kulit seseorang ditetukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu dan bapanya. Namun begitu, sekiranya seseorang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, warna kulitnya bertambah gelap disebabkan oleh interaksi antara faktor genetik dengan faktor persekitaran.

Ciri-ciri yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran digelar ciri-ciri perolehan (acquired characteristics). Genotipnya tidak berubah. Oleh itu, variasi selanjar tidak dapat diturunkan kepada zuriat.


Variasi tak selanjar

Variasi tak selanjar mempunyai perbezaan ciri yang jelas dan ketara. Variasi ini dikatakan pewarisan kualitatif (qualitative) kerana ciri-cirinya hanya boleh ditentukan samada hadir ataupun tidak.

Maka, variasi tak selanjar tidak mempunyai ciri perantaraan.

Contoh variasi tak selanjar pada manusia adalah:
  • Kebolehan menggulung lidah.
  • Bentuk cuping telinga.
  • Kumpulan darah.
  • Kehadiran lesung pipit.
  • Corak cap ibu jari.

Taburan kekerapan bagi variasi tak selanjar ialah taburan yang diskrit.

Taburan diskrit bagi variasi kumpulan darah yang dikawal 
oleh gen tunggal dengan tiga alel.

Variasi tak selanjar dikawal oleh gen tunggal dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Ia ditentukan oleh genotip dan digelar ciri-ciri keturunan. Oleh itu, ciri bagi variasi tak selanjar dapat diturunkan kepada zuriat.

5 comments: