Tuesday, February 26, 2013

Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem


Dengan populasi manusia di dunia kini yang menjangkau hampir 7 bilion, pembangunan dalam bidang pertanian, perindustrian dan perubatan juga turut berkembang dengan pesat.

Pembangunan ini adalah bagi menampung keperluan hidup manusia, seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan juga pebagai aktiviti sosial manusia yang lain.

Dalam keghairahan memenuhi keperluan hidup populasi yang semakin bertambah, banyak habitat-habitat yang merupakan kediaman berjuta-juta spesies flora dan fauna dimusnahkan. Secara tidak langsung, pemusnahan ini menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Kesan daripada perancangan pembangunan yang kurang teliti serta pengurusan ekosistem yang kurang cekap, banyak aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan, pertanian, perindustrian dan pembalakan secara tidak terkawal telah mengakibatkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Kelemahan dalam merancang pembangunan serta ketidak-cekapan dalam pengurusan ini telah memusnahkan banyak spesies flora dan fauna disamping mengganggu keseimbangan ekosistem (balance of the ecosystem).

Aktiviti manusia yang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar (endanger the ecosystem) adalah;

Penyahhutanan (deforestation), yang menyumbang kepada
  • Banjir kilat (flash floods)
  • Hakisan tanah (soil erosion)
  • Kehilangan biokepelbagaian (loss of biodiversity)
  • Kesan rumah hijau (greenhouse effect)
  • Pemanasan global (global warming)
  • Perubahan iklim (climate change)
  • Tanah runtuh (landslides)


Pembakaran bahan api fosil, yang menyumbang kepada;
  • Kesan rumah hijau (greenhouse effect)
  • Pemanasan global (global warming)
  • Pencemaran udara (air pollution)

Penggunaan baja berlebihan dalam pertanian, yang menyumbang kepada;
  • Eutrofikasi
  • Pencemaran air (water pollution)

Pembuangan bahan buangan domestik dan indusri, yang menyumbang kepada;
  • Pencemaran air (water pollution)
  • Pencemaran udara (air pollution)
  • Pencemaran terma (thermal pollution)

2 comments:

  1. The central shaft additionally supports three notched discs, which are connected to the three reels. A second shaft below the central shaft supports a kicker, a piece of metallic comprising three paddles. The kicker paddles are lined up to allow them to} push towards the notches thekingcasino.info on the three discs. The second shaft additionally supports a sequence of connected stoppers, teeth that lock into the notches on the discs. While this international well being disaster continues to evolve, it may be} useful to look to past pandemics to better perceive method to|tips on how to} reply today.

    ReplyDelete