Monday, February 6, 2012

Mekanisme Kawal Atur Tekanan Darah

Tekanan darah (blood pressure) ialah tekanan yang dikenakan ke atas dinding salur darah yang juga dikenali sebagai tekanan darah arteri, iaitu tekanan yang dikenakan di arteri yang lebih besar.

Tekanan darah yang normal bagi orang dewasa ialah 120/80 mm Hg. 

Tekanan sistol (systolic pressure), 120 mm Hg, ialah puncak tekanan yang diambil di aorta dan arteri semasa ventrikel mengecut.

Tekanan diastol (diastolic pressure), 80 mm Hg, pula ialah tekanan yang terendah yang diambil semasa jantung berada dalam fasa rehat.

Tekanan darah berubah-rubah sepanjang hari.

Perubahan tekanan darah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
  1. Kadar denyutan jantung.
    Semakin tinggi kadar denyutan jantung, semakin tinggi tekanan darah.

  2. Isipadu darah didalam badan. 
    Semakin besar isipadu darah didalam badan, semakin kerap darah kembali ke jantung, maka tekanan darah akan turut meningkat.

  3. Kadar pengaliran darah.
    Apabila kadar pengaliran darah meningkat, darah mengalir melalui seluruh badan dengan lebih pantas. Maka jantung terpaksa mengepam dengan lebih cepat seterusnya meningkatkan tekanan darah.

  4. Rintangan salur darah.
    Semakin tinggi rintangan dalam salur darah, semakin tinggi tekanan darah. Salur darah yang besar dan berdinding licin mempunyai rintangan pengaliran darah yang rendah. Tekanan darah pesakit arteriosklerosis (arteriosclerosis) adalah tinggi akibat daripada arteri yang tesumbat dengan plak (plague).

  5. Kelikatan (viscosity) darah.
    Semakin likat darah seseorang, semakin tinggi tekanan darahnya.

  6. Tekanan (stress).
    Tekanan (stress) menyebabkan pengecutan salur darah lalu meningkatkan tekanan darah (blood pressure).

1 comment:

  1. We can customise each report - free of charge - including buying stand-alone sections or country-level reviews, properly as|in addition to} provide inexpensive discounts for start-ups & universities. Ou'll be rewarded along with your free 토토사이트 $10 sign-up bonus instantly after registration. From there, you will need to wager 1x to make the "free cash" winnings withdrawable.

    ReplyDelete