Friday, January 6, 2012

Darah dan fungsi-fungsinya

Darah adalah tisu khusus yang terdiri daripada beberapa jenis sel yang berada didalam medium bendalir yang dipanggil plasma.

Darah melakukan pelbagai fungsi. Bagi tugas pengangkutan, dua komponen pentingnya adalah sel darah merah dan plasma.

Darah mengalir dalam badan haiwan bertulang belakang (vertebrates) contohnya ikan, burung dan mamalia.

Komposisi darah manusia:
  1. Plasma merupakan kira-kira 55% daripada jumlah keseluruhan darah, manakala selebihnya kira-kira 45%, adalah terdiri daripada eritrosit (sel darah merah), leukosit (sel darah putih) dan trombosit (platelet).

  2. Daripada jumlah 45% tersebut, eritrosit mewakili 44% daripada jumlah isipadu darah, manakala leukosit dan platelet membentuk baki 1% daripada jumlah isipadu darah.

1 comment: