Tuesday, December 27, 2011

Konsep Sistem Peredaran Darah

Sebagai organisma yang meningkat/membesar dari segi saiz, kuantiti dan jarak bahan-bahan untuk disalurkan ke seluruh badan juga meningkat.

Salah satu kaedah untuk menghantar/menyampaikan bahan-bahan ini ke semua sel-sel badan adalah melalui sistem aliran jisim atau sistem peredaran darah.

Sistem peredaran darah terdiri daripada rangkaian tiub (saluran) yang menghantar/menyampaikan bahan-bahan yang berguna kepada semua sel-sel badan dan kemudian mengambil bahan buangan mereka.

Didalam badan, setiap sel adalah sangat dekat dengan cawangan saluran ini.

Untuk sampai ke destinasi masing-masing, bahan-bahan yang berguna ini akan melalui dinding saluran tersebut untuk ke tisu atau organ. Begitu juga dengan bahan buangan, yang juga melalui dinding saluran tersebut dan memasuki sistem peredaran darah.

Sistem peredaran darah mamalia (mammals) adalah terdiri daripada sistem kardiovaskular (cardiovascular system) dan sistem limfa (lymphatic system).
  • Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah dan darah.
  • Sistem limfa terdiri daripada saluran limfa dan tisu limfoid didalam limpa, timus, tonsil, nodus limfa dan limpa.


Sistem peredaran darah mempunyai tiga komponen:
  1. Medium cecair yang mengalir dalam sistem, yang membawa bahan-bahan di seluruh badan.
  2. Sistem saluran yang membawa bendalir/medium cecair tersebut.
  3. Pam yang memastikan bendalir sentiasa digerakkan untuk melalui saluran tersebut.
Sebagai contoh, dalam sistem kardiovaskular, darah (medium) sentiasa digerakkan mengalir melalui arteri, vena dan kapilari (saluran) oleh jantung (pam).


Sunday, December 18, 2011

Apa Itu Sel?

Sel biasanya digambarkan sebagai 'unit hidup', atau binaan blok-blok dimana benda-benda hidup dihasilkan.

Sel adalah seperti batu-bata yang digunakan untuk membuat dinding rumah. Tetapi batu-bata ini adalah bukan benda hidup, berbentuk sama dan agak besar, manakala sel adalah hidup, mempunyai bentuk yang berlainan dan sangat halus/kecil.

Sel menjalankan fungsi-fungsi tertentu yang memberi kehidupan kepada organisma.

Terdapat tindak balas biokimia penting yang berlaku dalam sel. Tindak-balas biokimia ini membolehkan kita berjalan, bercakap, berfikir, menyayangi dan sebagainya.

Struktur dan Fungsi Sel

Sebelum 1600-an, orang ramai tidak mempunyai idea lagi tentang sel-sel kerana mikroskop belum lagi dicipta.

Mikroskop (microscope) pertama dicipta pada tahun 1590 oleh Zacharias Jansen.

Pada tahun 1665, seorang ahli botani Inggeris, Robert Hooke menggunakan mikroskop untuk memerhatikan sekeping gabus daripada kulit pokok. Beliau mendapati bahawa bahan tumbuhan tersebut terdiri daripada 'kotak-kotak kecil yang rapat' yang beliau panggil sel-sel (cells).

Pemerhatian mikroskopik tentang sel-sel dari
sekeping gabus oleh Robert Hooke.
 

Ahli-ahli sains juga mendapati bahawa sel-sel mengandungi organel kecil yang terapung di dalam medium seperti jeli (jelly-like), sitoplasma (cytoplasm).

Lebih penting lagi, ahli sains juga mendapati bahawa beribu-ribu tindak-balas biokimia (biochemical) berlaku dalam sel-sel.

Menulis Laporan

Sesuatu penyiasatan tidak lengkap tanpa laporan bertulis.

Kandungan sesebuah laporan itu mestilah mengandungi objektif kajian, pengenalan kepada latar belakang masalah yang sedang dikaji, hipothesis kajian, pemboleh-ubah, bahan-bahan dan kaedah yang digunakan, keputusan-keputusan, analisis data dan tafsiran, dan kesimpulan kajian.

Membuat Kesimpulan

Pada asasnya, kesimpulan itu adalah keputusan samada hendak menerima atau menolak hipotesis yang dibentuk pada awal penyiasatan.

Jika sesebuah hipotesis itu diterima, jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan mengenai masalah yang dikaji adalah sama seperti hipotesis.

Mentafsir Data

Selepas analisis data, ia perlu ditafsirkan secara logik dan tepat agar kajian yang dilakukan akan memberi makna dan berfaedah.

Sebagai contoh, jika data menunjukkan bahawa masa yang diambil untuk menyembuhkan luka pada tikus dipendekkan selepas rawatan dengan sap lidah buaya, bolehkah seseorang itu mentafsir bahawa sap lidah buaya adalah berkesan kepada manusia?

Walaupun data tidak menunjukkan bahawa ianya adalah berkesan ke atas manusia, tetapi anda boleh membuat kesimpulan demikian. 

Oleh itu, kesimpulan adalah ramalan bahawa situasi tersebut adalah benar, berdasarkan kepada perkara yang benar dari situasi lain.

Kesimpulan boleh digunakan untuk membangunkan hipotesis baru yang perlu disahkan dengan melakukan kajian lanjut. Inilah sebabnya mengapa kajian saintifik itu tidak berkesudahan.

Selain membuat kesimpulan, seseorang itu juga mestilah menyatakan setiap masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan eksperimen.

Analisa Data

Selepas pengumpulan data dan pembentangan, analisa (analyse) mesti dilakukan agar maklumat yang diperolehi daripada kajian boleh diterima pakai (logic).

Hubungan antara 'pemboleh-ubah dimanipulasi' dan 'pemboleh-ubah bertindak balas' dikaji.

Kadang-kala beberapa pengiraan perlu dilakukan untuk membuat data yang diperolehi itu 'bermakna'.

Biasanya, min kumpulan rawatan dibandingkan dengan orang-orang dalam kumpulan rawatan lain dan juga kumpulan kawalan. Nilai min biasanya dibentangkan didalam laporan.

Mengumpul dan Menyusun Data

Data dikumpul mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ukuran jarak, masa, berat, isi padu, kepekatan, dan lain-lain mestilah dilakukan dengan menggunakan instrumen yang telah ditentu-ukur (calibrated) supaya nilai-nilai yang diperolehi adalah nilai-nilai yang sebenar.

Data yang telah dikumpul boleh disusun dan dibentangkan dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk jadual, carta bar, carta pai, graf dan lukisan.

Merancang Eksperimen Bagi Menguji Hipotesis

Hipotesis diuji dan disahkan berdasarkan bukti yang boleh dipercayai. Bukti saintifik kebiasaannya diperolehi daripada eksperimen.

Seseorang itu mesti merancang suatu eksperimen agar keputusan yang diperolehi itu akan mendedahkan kebenaran, dan boleh digunakan untuk menerima atau menolak sesebuah hipotesis.

Ini bermakna bahawa seseorang itu sepatutnya tidak boleh untuk membuat apa-apa kesilapan semasa merancang dan melakukan eksperimen, jika tidak, data yang diperolehi mungkin tidak akan menampakkan atau mencerminkan kebenaran.

Merancang eksperimen adalah termasuk mengenal pasti kaedah yang sesuai, memilih teknik-teknik persampelan yang betul dan mengenal pasti pemboleh-ubah dimanipulasi, pemboleh-ubah bertindak balas dan pemboleh-ubah dimalarkan.

Kaedah (methodology) yang digunakan untuk menjalankan eksperimen mestilah terdiri mengikut prosedur yang diiktiraf. Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan juga mesti mematuhi piawaian (standards) tertentu.

Teknik pensampelan (sampling techniques) adalah prosedur yang digunakan untuk mendapatkan data dari eksperimen .Sebagai contoh, seseorang boleh mengaplikasikan sap lidah buaya pada luka-luka kecil yang dikenakan ke atas beberapa haiwan makmal seperti tikus. Sampel mestilah yang dipilih secara rawak dan bilangannya mestilah mencukupi bagi mewakili populasi (population) yang sebenar.

Pemboleh-ubah dimanipulasi (manipulated variables) adalah pemboleh-ubah yang sengaja ditetapkan atau diubah dalam eksperimen, seperti dos tertentu sap lidah buaya yang dipilih untuk diguna pakai ke atas luka.

Pemboleh-ubah bertindak balas (responding variables) adalah  keputusan yang diperolehi daripada eksperimen yang berubah sebagai tindak balas kepada manipulasi pemboleh-ubah. Dalam contoh yang diberikan, masa yang diambil untuk luka sembuh akan menjadi satu pemboleh ubah bertindak balas.

Pemboleh-ubah dimalarkan (fixed or controlled variables) adalah semua pemboleh-ubah lain yang boleh mempengaruhi keputusan dan mestilah dimalarkan. Dalam contoh yang diberikan, haiwan uji kaji, saiz luka, suasana eksperimen, makanan dan minuman haiwan dan beberapa faktor lain adalah 'pembolehubah dimalarkan' yang akan dijadikan malar (constant) untuk meminimumkan pengaruh mereka terhadap keputusan eksperimen.

Di samping itu, penyelidik juga mesti mempunyai kumpulan kawalan (control group) untuk membolehkan ia membandingkan keputusannya. Kumpulan kawalan adalah terdiri daripada subjek eksperimen yang tidak diberi rawatan. Dalam contoh yang diberikan, kumpulan kawalan terdiri daripada haiwan kajian yang juga mengalami luka tetapi tidak dirawat dengan sap lidah buaya (aloe vera).

Membuat Hipotesis

Hipotesis (hypothesis) adalah semata-mata jangkaan/ramalan yang bijak serta logik bagi pemerhatian yang boleh diuji atau disahkan. Hipotesis yang baik hendaklah:
  • Logik (Logical) dan munasabah selaras dengan fakta-fakta yang telah diperbadankan.
  • Ditentu-sahkan (verifiable), yang bermaksud boleh diuji, dan keputusan ujian tersebut boleh diulang atau dibuat kajian lanjut oleh pemerhati bebas.
  • Boleh dibuktikan palsu (falsifiable).
Sebagai contoh, seseorang penyiasat itu boleh membangunkan sebuah hipotesis berkenaan 'lidah buaya adalah berkesan dalam merawat luka-luka kecil'.

Saturday, December 17, 2011

Memulakan Penyiasatan Saintifik

Penyiasatan saintifik (scientific investigation) dimulakan dengan memerhatikan fenomena di sekeliling kita dan mengenal pasti masalah saintifik yang menarik minat kita.

Sebagai contoh, seseorang mendapati bahawa sesetengah orang menggunakan lidah buaya (aloe vera) untuk merawat luka kecil. Dia akan bertanya, 'adakah rawatan ini berkesan?'

Dia boleh mendapatkan jawapan dari orang-orang yang telah menggunakan kaedah rawatan ini, atau dia boleh mencari bahan bacaan mengenai kajian yang telah dilakukan ke atas masalah ini.

Jika jawapannya tidak muktamad, dia boleh menyiasat masalah tersebut dengan menjalankan kajian lanjut berdasarkan kaedah saintifik (scientific method), sama seperti mana seorang saintis akan lakukan.

Selain daripada pemerhatian yang teliti, saintis juga menggunakan hasil penyelidikan sebelumnya untuk mendapatkan idea tentang soalan-soalan yang berkaitan fenomena tertentu.

Sebagai contoh, jika seseorang telah melakukan satu kajian tentang kesan lidah buaya terhadap penyembuhan luka dan mendapati ianya berkesan, soalan seterusnya berkemungkinan 'bagaimana lidah buaya dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka?'

Untuk menjalankan penyiasatan, seseorang mesti mempunyai maklumat serta latar belakang yang cukup tentang masalah tersebut. Sebagai contoh, untuk menyiasat jika lidah buaya berkesan dalam penyembuhan luka, penyiasat perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai proses penyembuhan luka seperti faktor-faktor yang membuat luka cepat sembuh. Maklumat-maklumat yang berkaitan boleh didapatkan daripada buku, jurnal, internet atau dengan berkomunikasi dengan mereka yang pakar dalam bidang tersebut.

Selepas mendapat maklumat serta latar belakang yang mencukupi dalam masalah tersebut, seseorang itu mestilah menyatakan masalah dan matlamat kajian tersebut.

Penyiasatan Saintifik

Biologi adalah salah satu dari cabang sains.

Perkataan 'sains' berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'tahu'. Pengetahuan dalam biologi, seperti dalam mana-mana canang sains yang lain, adalah berdasarkan siasatan saintifik yang boleh dijalankan di dalam makmal atau di lapangan.

Penyiasatan saintifik (scientific investigation) adalah bersifat dinamik (sentiasa berterusan dengan pengetahuan baru yang dihasilkan) dan sering kontroversi (sebahagian daripada penyelidik tidak bersetuju antara satu sama lain, seterusnya membawa kepada kajian lanjut).

Kaedah saintifik (scientific method) yang digunakan dalam penyiasatan melibatkan satu siri langkah-langkah yang terancang seperti yang ditunjukkan dibawah.

Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.