Wednesday, November 23, 2011

Kepentingan sistem pengangkutan kepada sesetengah organisma multi sel

Organisma hidup mendapat oksigen dan nutrien daripada alam sekitar dan mengeluarkan karbon dan lain-lain bahan buangan dari badan mereka.

Resapan (diffusion) merupakan satu mekanisme pengangkutan utama untuk menggerakkan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari sel-sel.

Saiz organisma mempengaruhi kadar penyerapan bahan-bahan ke dalam dan keluar dari badan mereka.

Paramecium mempunyai JLP/I (TSA/V) kira-kira 400, manakala manusia mempunyai nisbah JLP/I kira-kira 0.3.

Bagi organisma kecil seperti paramecium atau cacing tanah (earthworm), nisbah JLP/I adalah cukup besar untuk peresapan bahan-bahan kepada kesemua bahagian badan.

Bagi organisma multi sel bersaiz besar, nisbah JLP/I adalah kecil untuk bahan-bahan sampai ke semua bahagian badan. 

Sebagai organisma yang semakin membesar saiznya, sistem pengangkutan (transport system) adalah penting supaya bahan-bahan terlarut boleh bergerak dengan pantas kepada, dan dari semua bahagian badan. Melalui peresapan (diffusion) sahaja adalah tidak mencukupi untuk mengagihkan bahan-bahan seperti oksigen dan nutrien.

Fungsi ini terbantu oleh sistem peredaran darah (circulatory system).


** JLP/I = Jumlah Luas Permukaan / Isipadu (TSA/V, Total Surface Area / Volume)

Nota Biologi Tingkatan 5


Bab 1 - Pengangkutan (Transport)



Mekanisme Pertahanan Badan (The Body’s Defence Mechanism)

Keimunan dan Pengimunan (Immunity and Immunisation)


Bab 2 - Pergerakan & Sokongan (Locomotion & Support)

Sistem Pergerakan dan Sokongan pada Manusia dan Haiwan


Bab 3 - Koordinasi dan Gerak Balas (Coordination and Response)

Gerak Balas dan Koordinasi (Response and Coordination)

Jenis-jenis Rangsangan dan Gerak Balas (Types of Stimuli and Responses)


Bab 4 - Pembiakan dan Pertumbuhan (Reproduction and Growth)

Keperluan Pembentukan Gamet (The Necessity for the Formation of Gametes)

Proses Pembentukan Gamet (Formation of Gametes)

Pembentukan Sperma / Spermatogenesis (Formation of Sperm)

Pembentukan Ovum / Oogenesis (Formation of Ovum)

Kitar Haid (Menstrual Cycle)

Peranan Hormon Dalam Mengawal Atur Kitar Haid


Bab 5 - Pewarisan (Inheritance)

Konsep Pewarisan Berdasarkan Eksperimen Mendel ( The Concept of Inheritance Based on Mendel's Experiment)

Gen dan Alel (Genes and Alleles)

Alel Dominan dan Alel Resesif (Dominant Alleles and Recessive Alleles)


Bab 6 - Variasi (Variation)

Variasi Dalam Kehidupan (Variation in Organisms)

Jenis-jenis Variasi

Perbandingan Antara Variasi Selanjar dan Variasi Tak Selanjar


Bidang kajian dalam biologi

Penyelidikan dalam sains biologi (biological sciences) adalah amat penting dan ianya berkembang dengan begitu pantas.

Tujuan utama pembelajaran biologi adalah untuk memahami dengan lebih lanjut lagi tentang proses kehidupan, agar setiap manusia serta organisma lain boleh hidup dengan aman dan harmoni (can live efficiently in peace and harmony).

Secara amnya, biologi dibahagikan kepada pelbagai bidang. Antaranya;
  • Anatomi (anatomy)
  • Biologi molekul (molecular biology)
  • Botani (botany)
  • Ekologi (ecology)
  • Fisiologi (physiology)
  • Genetik (genetic)
  • Mikrobiologi (microbiology)
  • Taksonomi (taxonomy)
  • Sitology (cytology)
  • Zoologi (zoology)

Walau bagaimanapun, 'trend' semasa dalam penyelidikan biologi tidak lagi memberi tumpuan kepada bidang yang berbeza, tetapi bergantung kepada kajian pelbagai disiplin. Sebagai contoh, kajian mengenai kencing manis (diabetes) boleh dilakukan pada aspek histologi (histology), farmakologi (phamacology), fisiologi dan genetik.

Sempadan kajian antara pelbagai bidang biologi ada kalanya bertindih (overlap).

Ciri-ciri am hidupan

Semua hidupan / benda-benda hidup (living things) mempunyai beberapa ciri am (common characteristic)  yang menjadikan ianya lebih mudah bagi kita untuk mempelajari biologi.

Diantara ciri-ciri am yang terdapat pada semua hidupan / benda-benda hidup adalah:
  1. Terdiri daripada sel-sel.

  2. Patuh mengikut aturan ketetapan.

  3. Mendapat serta menggunakan bahan-bahan kimia dan tenaga bersumber dari alam sekitar.

  4. Mempunyai bahan genetik (genetic materials) yang unik.

  5. Membiak (reproduce).

  6. Berkembang dan membesar.

  7. Bertindak-balas kepada rangsangan (stimuli).

  8. Mengeluarkan (excrete) hasil / sisa buangan.

  9. Menyesuaikan diri dengan persekitaran.


Monday, November 21, 2011

Mengapa biologi penting?

Semua hidupan di bumi adalah penting diantara satu sama lain.

Manusia sepatutnya bijak menguruskan bumi kerana sifatnya boleh merancang serta boleh melaksanakan sesuatu tindakan, agar semua hidupan di muka bumi ini boleh hidup dengan aman dan kekal berguna antara satu sama lain.

Sayangnya, kebanyakan manusia lebih cenderung kepada mengganggu keseimbangan ekologi semula jadi (natural ecological balance). Ini disebabkan oleh sifat terlalu tamak serta kurangnya pengetahuan tentang ilmu biologi. Disinilah pentingnya kita mempelajari ilmu biologi.

Adalah juga penting untuk mengetahui tentang diri kita dari segi struktur dan fungsi, dan membandingkan diri kita dengan organisma lain agar kita dapat menjaga diri sendiri serta makhluk lain dengan baik.

Penyelidikan tentang pelbagai bidang biologi seperti kajian penyakit-penyakit dan rawatannya (diseases and their treatment), pengeluaran makanan (food production), kejuruteraan genetik (genetic engineering) dan pengurusan alam sekitar (environmental management) adalah amat penting dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik serta aman di atas planet ini.

Kajian Biologi

Perkataan biologi (biology) berasal daripada dua patah perkataan Greek, 'bios' bermaksud kehidupan dan 'logos' bermaksud kajian.

Oleh itu, biologi adalah kajian benda-benda hidup, proses kehidupan mereka serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Kajian biologi bermula dengan mempelajari bagaimana sel-sel dari tubuh badan kita dan bagaimana mereka berfungsi secara individu serta bekerjasama, untuk menjadikan kita hidup dan sihat.

Seterusnya kita akan memahami bahawa jika sel-sel tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik seperti biasa, kita akan sakit.

Biologi juga merangkumi sistem penghadaman (digestive), pernafasan (respiratory), peredaran darah (circulatory), perkumuhan (excretory), saraf (nervous), endokrin (endocrine) dan muskuloskeletal (musculoskeletal) yang menyumbang kepada fungsi sel-sel kita dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal.

Kita juga akan mengkaji tentang organisma yang berlainan (tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma) dan bagaimana mereka bergantung antara satu sama lain dengan cekap menggunakan sumber-sumber asli yang terdapat di planet kita.

Juga kita akan mempelajari tentang pembiakan organisma (reproduction of organisms), bagi memastikan bahawa gen-gen akan terus-menerus sampai kepada generasi akan datang agar sesuatu spesis itu tidak pupus.

Friday, November 18, 2011

Nota Biologi Tingkatan 4


Bab 1 - Pengenalan Kepada Biologi (Introduction to Biology)

Kajian Biologi (Study of Biology)

Bab 2 - Struktur Sel dan Organisasi Sel (Cell Structure and Cell Organisation)

Struktur dan Fungsi Sel (Cell Structure and Function)
Menghargai Keunikan Sel (Appreciating the Uniqueness of the Cell)


Bab 3 - Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma (Movement of Substances Accross the Plasma Membrane

Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma (Movement of Substances across the Plasma Membrane)

Struktur Membran Plasma (The Structure of Plasma Membrane)

Sifat Ketelapan Membran Plasma


Bab 4 - Komposisi Kimia Dalam Sel (Chemical Composition of the Cell)

Unsur Kimia Dalam Sel (Chemical Element in the Cell)

Kepentingan Sebatian Kimia Dalam Sel

Kepentingan Air Dalam Sel

Karbohidrat

Jenis-jenis Karbohidrat
Protein

Struktur Protein

Lipid

Peranan Enzim Dalam Proses Hidup Organisma


Bab 5 - Pembahagian Sel (Cell Division)

Kepentingan Mitosis (The Significance of Mitosis)

Mitosis


Bab 6 - Nutrisi (Nutrition)

Jenis-jenis Nutrisi (Types of Nutrition)

Gizi Seimbang

Sifat Vitamin


Bab 7 - Respirasi (Respiration)

Keperluan Tenaga Untuk Proses Hidup (Energy for Living Processes)


Bab 8 - Ekosistem Dinamik (Dynamic Ecosystem)

Ekologi (Ecology)

Komponen Abiosis

Komponen Biosis

Rantai Makanan

Aras Trof


Bab 9 - Ekosistem Terancam (Endangered Ecosystem)

Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem (Human activities that endanger an ecosystem)

Impak Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem

Pencemaran



Program Bestari

Q & A: Program Bestari Biologi Tingkatan 4, Mac 2013